Monday, 11 July 2011

Aku sambung cerita semalam !

Lepas kejadian dia pukul aku malam tu. Dia terus berbaik-baik dengan aku. Mulai saat tu dia mula bermanja dan membelai aku. Dia rasa bersalah atas kejadian malam tu. Aku syukur sangat dengan perubahan diri dia. Lepas aku sediakan sarapan dia pun menjamah sarapan yang aku letak atas meja.

Selesai bersarapan dia mengajak aku mengambil kereta di workshop. Aku bersiap sementara dia mandi. Aku rasa saat tu la paling bahagia bagi aku. Setelah bersiap kami pun keluar rumah menuju ke kereta. Dia memanggil aku dengan  panggilan manja. Aku merasaa seolah-olah dunia ni aku punya !

Saat romantis tu hanya berlaku seketika, setiba di bengkel suami aku mula mengamuk tak tentu hala. Aku terkejut dengan tindakannya. Dia seorang yang panas baran. Bila aku bertanyakan padanya kenapa marah-marah macam ni. Dia hanya mendiamkan diri. Dia melihat sekeliling bengkel mencari kereta aku tapi tak kelihatan. Dia menanyakan kepada seorang pekerja bengkel dimana kereta aku. Tapi pekerja tu hanya menggelengkan kepala. Sepantas kilat tangannya naik ke muka pekerja tu ! Semua terkejut dengan kelakuan suami aku ! Pekerja tu bangun lalu menumbuk tepat ke muka suami aku ! Aku terus menghalang tapi tak terdaya kerana aku seorang wanita. Mereka bergaduh di bengkel dan cuba di tenangkan oleh pekerja yang lain.

Bos bengkel keluar dari pejabatnya. Dia cuba menenangkan keadaan yang kecoh. Aku memohon maaf pada bos bengkel tu. Dia menengking aku dan suami aku. Aku hanya mendiamkan diri dan tak terkata apa-apa. Suami aku meninggikan suara menanyakan kereta aku. Bos tu hanya menuding jari ke belakang sebab kereta aku terletak di belakang bengkel. Suami aku bergegas mendapatkan kereta aku. Suami aku minta kunci kereta dan cuba menghidupkan enjin. Nasib baik kereta aku hidup. Jikalau tak hidup memang mati tuan bengkel tu. Aku hanya menggelengkan kepala.

Inilah sifat dan perangai suami aku ! Baran tak tentu pasal ! Tapi kerana hati aku masih sayang aku hanya mampu berdiam.

Ikuti sambungannya esok hari ...

Sunday, 10 July 2011

Sambungan cerita aku jadi setiausaha dulunya !

Hari tu aku cerita sampai dia ade isteri 4 ! Sekarang aku nak cerita cara kerja aku semasa jadi setiausaha ! Bukan senang nak jadi seorang setiausaha yang ni. Mula-mula nak bagi keyakinan sepenuhnya pada bos kena ambil hati dia lagi dan macam-macam lah. Setiap 6 bulan gaji aku dinaikkan sebab aku kerja dengan sungguh ! Gila tak gila lah gaji aku naik setiap 6 bulan tapi pekerja lain naik gaji setiap setahun sekali. Gaji aku naik bukan sikit. Boleh dianggarkan RM300 gaji aku naik ! Mewah tak mewah hidup aku ! Setiap bulan aku keluar beli belah !

Aku bukan nak bongkak atau bangga diri tapi aku nak kongsi cerita aku supaya kamu semua dapat pengajaran dari cerita aku ni. Aku tak nak kamu semua ikut jejak aku yang teruk ni ! Setiap bulan boleh dikatakan aku belanja tak ikut had ! Kekadang duit gaji aku habis macam tu je ! Aku tak tahu mana pergi semua gaji aku. Aku terleka berbelanja sehinggakan satu hari tu aku terdesak nak guna duit.

Masa tu kereta aku buat hal ! Handphone aku pula tak boleh keluar sebab aku tak bayar ! Masak memang masak aku masa tu. Aku buntu dalam poket aku langsung tak ada duit ! Aku tak tahu nak call siapa masa tu. Aku hanya mengharapkan lambaian tangan aku untuk pengguna jalan raya berhenti tolong aku. Waktu tu kemuncak orang balik kerja. tak ada siapa yang berhenti tolong. Aku dah menitik air mata masa tu.

Tak lama dari tu ada sebuah kereta berhenti. Keluar la seorang lelaki bertanyakan masalah aku. Aku pun cerita apa yang berlaku. Dia menelefon kawan dia dan tak lama sebuah penunda kereta datang. Kereta aku di bawa ke bengkel. Dia mempelawa aku balik. Aku pun ikut lah dia balik dengan kereta dia. Dia memperkenalkan dirinya. Orangnya sungguh kacak lagi-lagi putih. Suaranya sedap di dengar. Tapi sayang dia dah kahwin. Dia dikurniakan 2 orang anak. Dalam kereta dia ada gambar anak-anak dan isterinya.

Alangkah bahagia jika aku dapat seorang suami sepertinya. Hidup aku mesti bahagia. Setiba aku di hadapan rumah, kebetulan suami aku balik awal hati tu. Dia nampak aku turun dari kereta dan nampak kelibat lelaki yang hantar aku balik. Aku melangkah masuk kerumah terus di terajang perut aku ! Senak perut aku hanya tuhan yang tahu ! Aku cuba terangkan apa yang terjadi masa tu tapi suami aku tak endah kata-kata aku. Aku dipukul seolah-olah aku binatang !

Malam tu aku menangis tanpa henti. Aku disuruh tidur di luar dan tak di benarkan masuk bilik ! Zalim sungguh suami aku ketika tu tapi aku pun bersalah pada masa yang sama sebab aku boros ! Aku tak jaga hati suami aku ! Aku pentingkan diri ! Ini lah balasan yang aku dapat ! Muka aku lebam-lebam kaki aku bengkak sebab di pijak !

Keesokan pagi bila suami aku bangun, segala sarapan aku dah hidang di meja makan. Dia keluar dari bilik terus memeluk aku ! Aku terharu ketika tu. Dia mohon maaf atas kejadian malam tadi. Aku terangkan apa yang berlaku dan dia mula faham. Kebetulan semalam dia dibuang kerja sebab pecah amanah ! Aku terkejut dengan apa yang aku dengar ! Dalam hati aku berkata-kata ni la akibatnya bila kita mengabaikan keluarga dan tak ambil berat satu sama lain. Dia memerlukan wang tapi dia tak cuba cerita kepada aku.

Mulai saat itu aku menyara suami aku sementara dia mencari kerja lain. Di rumah dia hanya mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah. Kami mula berkomunikasi dengan baik. Syukur alhamdulillah !

Esok aku sambung lagi ! Mata aku mula mengantuk ni. Selamat malam !

Hari yang gelap !

Cuaca hari ni mendung. Sejuk buatkan aku mengantuk ! Mood aku nak tulis cerita macam tak ada feel je. Malam nanti aku cerita !

Tunggu cerita aku malam ni ! Aku akan sambung cerita semalam !

Saturday, 9 July 2011

Aku DIHINA lagi !

Aku baru balik dari pasar malam tempat aku. Aku dah lama tak menjejakkan kaki ke pasar malam. AKu rindu riuh rendah kat pasar tu. Aku sekadar nak merasa kekecohan dalam pasar tapi kekecohan tu dituju kepada aku ! Aku dicaci di hina ! Kamu semua ingat aku nak ke jadi macam ni ! Ni semua ketentuan Illahi ! Kamu semua bukan setakat menghina aku malah menghina kejadian Nya ! Apa kamu semua fikir kamu bagus ! Kamu semua dah cukup cantik ke dah cukup hensem !

Anda belum kena kat batang hidung anda lagi ! Jangan ingat anda hanya akan hidup senang sampai bila-bila. Aku bukan cemburu melihat anda semua bahagia ke kaya ke cantik ke hensem ke tapi ni la dugaan sebenarnya !

Pagi tadi aku kata aku nak cerita berkenaan aku di tempat kerja sebagai setiausaha Dato'. Aku dulunya senang lenang dan aku disayangi bos aku. Aku bukan kaki bodek bukan kaki ngampu tapi aku hanya menjaga kecantikan aku untuk menarik perhatian bos aku. Setiap apa yang aku nak semua bos aku bagi. Setiap kali keluar jumpa client dia membawa aku ke hotel-hotel 5 Star untuk makan tengah hari atau makan malam. Hidup aku ketika itu seperti permaisuri. Suami aku abaikan dan aku langsung tak ambil kisah. Dia selalu pulang lewat ke rumah. Bos aku ni seorang yang pemurah tapi dia tahu batas-batas antara pekerja dan majikan.

Dia mempunyai 4 isteri ! Aku hairan sebab dia mampu membahagikan sama rata kebahagian kepada isteri dia. Setiap isteri mendapat rumah banglo atas bukit dan sebuah kereta mewah. Ada satu hari isteri dia datang ke pejabat. Terkejut aku melihat isteri bos aku ! Gila tak gila dari kasut sampai ke tudung semua permata ! Buang tebiat apa ! Kalaulah aku jahat memang aku upah orang bunuh Datin ni lepas tu rompak barang dia. Aku tak kerja pun tak apa ! Tempang kaki je aku kat rumah.

Aku akan sambung kisah aku esok pagi. Aku tak larat malam ni sebab aku kemas rumah petang tadi. Sekarang aku dah rajin mengemas dah tak macam dulu lagi ! Jangan lupa ikuti cerita aku yang baru esok !

Salam sayang ...

Sabtu yang lengang !

Sunyi sepi aku melihat sekeliling seperti bandar mati. Aku hanya mampu termenung jauh mengenangkan nasib aku seolah-olah bandar dan diri aku sebegitu. Tiada kereta yang lalu lalang hanya boleh dibilang. Hati aku berkecamuk setiap masa. Sabtu yang sepi hati ku menari keriangan. Ya Allah berikanlah hamba mu ini kekuatan !

Sekarang aku berusaha melayari internet untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Aku mempunyai modal yang sedikit tapi hanya mampu menanggung hidup aku untuk beberapa bulan. Aku harap itu mencukupi !

Aku pun dah mula mencari pekerjaan di laman-laman tertentu. Insyallah dengan keberkatan Nya adalah rezeki aku. Aku dulunya bekas setiausaha Dato' tapi tu semua dah berlalu. Aku akan bercerita tentang kerjaya aku malam nanti. Dengan suasana malam aku dapat menghayati cerita aku nanti.

Terima kasih selama ini anda semua mengikuti perkembangan diri saya.

Sekian salam kasih dari aku ...

Friday, 8 July 2011

SEMUA GILA ! PEMBONGKARAN RAHSIA !

Aku pelik la hari ni macam-macam hal. Dengan aku tak sudah-sudah mendatangi masalah. Aku pun tak boleh nak keluar rumah ! Aku tertekan duduk dalam rumah ni ! Aku baru melayari 1 website berkenaan perniagaan online. Bankin duit lepas tu cari orang dapat balik duit modal dan untung ! Aku rasa was-was dengan perniagaan ni. Orang susah-susah cari duit tapi senang-senang dia orang dapat duit.

Aku nak cerita perniagaan online ni. Cuba anda semua fikir. Orang yang memulakan perniagaan ni tak memerlukan modal dan hanya mencari orang di bawah nya dan mengenakan bayaran. Jika orang bawahannya mencari orang maka mereka akan mendapat himbuhan. Orang atas ni untung atas angin ! Dia duduk senang lenang tempang kaki tapi orang yang bawah ni kerja susah payah mencari duit untuk mendapat keuntungan yang sedikit.

Aku bukan nak kutuk mana-mana perniagaan online ni tapi aku tengok majoriti yang buat semua sama apa yang aku cerita ni. Aku tak minat perniagaan macam ni sebab menindas orang bawah ! Aku bukan nak menghasut tapi anda semua fikirlah. Ni bukan caranya nak jadi kaya cepat. Banyak lagi perniagaan yang kita boleh buat untuk mendapat rezeki dengan mudah.

Memang hidup akan senang tapi cuba anda fikir bila di akhirat nanti. Harta-harta ni semua anda tak bawa ke kubur malah anda hanya di kafankan dengan kain putih ! Itulah baju anda ! Katil anda bukannya empuk tapi tanah yang dipenuhi serangga-serangga ! Ingatlah semua ! Senang di dunia tak bermakna senang di alam kubur !

Aku bukan dengki ! Aku bukan cemburu ! Aku selalu beringat untuk diri aku ! Aku dah mula susah mempercayai orang ! Aku kena tipu dengan seorang wanita yang kononnya prihatin dengan nasib aku tapi tu semua angan kosong!

Beringat la sebelum terkena !

Salam sayang dari ku ...

Pagi yang tertekan

Aku baru terjaga dari tidur. Aku termenung seketika. Kedua tangan aku berada di kepala. Aku mula bingung dengan apa yang terjadi. Ya Allah berilah aku kekuatan ! Aku bermimpi buruk malam tadi. Apakah itu petanda akan berlaku benda buruk kepada aku !

Masalah datang masalah pergi masalah datang masalah pergi !

Aku tak larat nak fikir lagi !

Aku hanya berserah !