Lepas kejadian dia pukul aku malam tu. Dia terus berbaik-baik dengan aku. Mulai saat tu dia mula bermanja dan membelai aku. Dia rasa bersalah atas kejadian malam tu. Aku syukur sangat dengan perubahan diri dia. Lepas aku sediakan sarapan dia pun menjamah sarapan yang aku letak atas meja.
Selesai bersarapan dia mengajak aku mengambil kereta di workshop. Aku bersiap sementara dia mandi. Aku rasa saat tu la paling bahagia bagi aku. Setelah bersiap kami pun keluar rumah menuju ke kereta. Dia memanggil aku dengan panggilan manja. Aku merasaa seolah-olah dunia ni aku punya !
Saat romantis tu hanya berlaku seketika, setiba di bengkel suami aku mula mengamuk tak tentu hala. Aku terkejut dengan tindakannya. Dia seorang yang panas baran. Bila aku bertanyakan padanya kenapa marah-marah macam ni. Dia hanya mendiamkan diri. Dia melihat sekeliling bengkel mencari kereta aku tapi tak kelihatan. Dia menanyakan kepada seorang pekerja bengkel dimana kereta aku. Tapi pekerja tu hanya menggelengkan kepala. Sepantas kilat tangannya naik ke muka pekerja tu ! Semua terkejut dengan kelakuan suami aku ! Pekerja tu bangun lalu menumbuk tepat ke muka suami aku ! Aku terus menghalang tapi tak terdaya kerana aku seorang wanita. Mereka bergaduh di bengkel dan cuba di tenangkan oleh pekerja yang lain.
Bos bengkel keluar dari pejabatnya. Dia cuba menenangkan keadaan yang kecoh. Aku memohon maaf pada bos bengkel tu. Dia menengking aku dan suami aku. Aku hanya mendiamkan diri dan tak terkata apa-apa. Suami aku meninggikan suara menanyakan kereta aku. Bos tu hanya menuding jari ke belakang sebab kereta aku terletak di belakang bengkel. Suami aku bergegas mendapatkan kereta aku. Suami aku minta kunci kereta dan cuba menghidupkan enjin. Nasib baik kereta aku hidup. Jikalau tak hidup memang mati tuan bengkel tu. Aku hanya menggelengkan kepala.
Inilah sifat dan perangai suami aku ! Baran tak tentu pasal ! Tapi kerana hati aku masih sayang aku hanya mampu berdiam.
Ikuti sambungannya esok hari ...
No comments:
Post a Comment