Monday, 11 July 2011

Aku sambung cerita semalam !

Lepas kejadian dia pukul aku malam tu. Dia terus berbaik-baik dengan aku. Mulai saat tu dia mula bermanja dan membelai aku. Dia rasa bersalah atas kejadian malam tu. Aku syukur sangat dengan perubahan diri dia. Lepas aku sediakan sarapan dia pun menjamah sarapan yang aku letak atas meja.

Selesai bersarapan dia mengajak aku mengambil kereta di workshop. Aku bersiap sementara dia mandi. Aku rasa saat tu la paling bahagia bagi aku. Setelah bersiap kami pun keluar rumah menuju ke kereta. Dia memanggil aku dengan  panggilan manja. Aku merasaa seolah-olah dunia ni aku punya !

Saat romantis tu hanya berlaku seketika, setiba di bengkel suami aku mula mengamuk tak tentu hala. Aku terkejut dengan tindakannya. Dia seorang yang panas baran. Bila aku bertanyakan padanya kenapa marah-marah macam ni. Dia hanya mendiamkan diri. Dia melihat sekeliling bengkel mencari kereta aku tapi tak kelihatan. Dia menanyakan kepada seorang pekerja bengkel dimana kereta aku. Tapi pekerja tu hanya menggelengkan kepala. Sepantas kilat tangannya naik ke muka pekerja tu ! Semua terkejut dengan kelakuan suami aku ! Pekerja tu bangun lalu menumbuk tepat ke muka suami aku ! Aku terus menghalang tapi tak terdaya kerana aku seorang wanita. Mereka bergaduh di bengkel dan cuba di tenangkan oleh pekerja yang lain.

Bos bengkel keluar dari pejabatnya. Dia cuba menenangkan keadaan yang kecoh. Aku memohon maaf pada bos bengkel tu. Dia menengking aku dan suami aku. Aku hanya mendiamkan diri dan tak terkata apa-apa. Suami aku meninggikan suara menanyakan kereta aku. Bos tu hanya menuding jari ke belakang sebab kereta aku terletak di belakang bengkel. Suami aku bergegas mendapatkan kereta aku. Suami aku minta kunci kereta dan cuba menghidupkan enjin. Nasib baik kereta aku hidup. Jikalau tak hidup memang mati tuan bengkel tu. Aku hanya menggelengkan kepala.

Inilah sifat dan perangai suami aku ! Baran tak tentu pasal ! Tapi kerana hati aku masih sayang aku hanya mampu berdiam.

Ikuti sambungannya esok hari ...

Sunday, 10 July 2011

Sambungan cerita aku jadi setiausaha dulunya !

Hari tu aku cerita sampai dia ade isteri 4 ! Sekarang aku nak cerita cara kerja aku semasa jadi setiausaha ! Bukan senang nak jadi seorang setiausaha yang ni. Mula-mula nak bagi keyakinan sepenuhnya pada bos kena ambil hati dia lagi dan macam-macam lah. Setiap 6 bulan gaji aku dinaikkan sebab aku kerja dengan sungguh ! Gila tak gila lah gaji aku naik setiap 6 bulan tapi pekerja lain naik gaji setiap setahun sekali. Gaji aku naik bukan sikit. Boleh dianggarkan RM300 gaji aku naik ! Mewah tak mewah hidup aku ! Setiap bulan aku keluar beli belah !

Aku bukan nak bongkak atau bangga diri tapi aku nak kongsi cerita aku supaya kamu semua dapat pengajaran dari cerita aku ni. Aku tak nak kamu semua ikut jejak aku yang teruk ni ! Setiap bulan boleh dikatakan aku belanja tak ikut had ! Kekadang duit gaji aku habis macam tu je ! Aku tak tahu mana pergi semua gaji aku. Aku terleka berbelanja sehinggakan satu hari tu aku terdesak nak guna duit.

Masa tu kereta aku buat hal ! Handphone aku pula tak boleh keluar sebab aku tak bayar ! Masak memang masak aku masa tu. Aku buntu dalam poket aku langsung tak ada duit ! Aku tak tahu nak call siapa masa tu. Aku hanya mengharapkan lambaian tangan aku untuk pengguna jalan raya berhenti tolong aku. Waktu tu kemuncak orang balik kerja. tak ada siapa yang berhenti tolong. Aku dah menitik air mata masa tu.

Tak lama dari tu ada sebuah kereta berhenti. Keluar la seorang lelaki bertanyakan masalah aku. Aku pun cerita apa yang berlaku. Dia menelefon kawan dia dan tak lama sebuah penunda kereta datang. Kereta aku di bawa ke bengkel. Dia mempelawa aku balik. Aku pun ikut lah dia balik dengan kereta dia. Dia memperkenalkan dirinya. Orangnya sungguh kacak lagi-lagi putih. Suaranya sedap di dengar. Tapi sayang dia dah kahwin. Dia dikurniakan 2 orang anak. Dalam kereta dia ada gambar anak-anak dan isterinya.

Alangkah bahagia jika aku dapat seorang suami sepertinya. Hidup aku mesti bahagia. Setiba aku di hadapan rumah, kebetulan suami aku balik awal hati tu. Dia nampak aku turun dari kereta dan nampak kelibat lelaki yang hantar aku balik. Aku melangkah masuk kerumah terus di terajang perut aku ! Senak perut aku hanya tuhan yang tahu ! Aku cuba terangkan apa yang terjadi masa tu tapi suami aku tak endah kata-kata aku. Aku dipukul seolah-olah aku binatang !

Malam tu aku menangis tanpa henti. Aku disuruh tidur di luar dan tak di benarkan masuk bilik ! Zalim sungguh suami aku ketika tu tapi aku pun bersalah pada masa yang sama sebab aku boros ! Aku tak jaga hati suami aku ! Aku pentingkan diri ! Ini lah balasan yang aku dapat ! Muka aku lebam-lebam kaki aku bengkak sebab di pijak !

Keesokan pagi bila suami aku bangun, segala sarapan aku dah hidang di meja makan. Dia keluar dari bilik terus memeluk aku ! Aku terharu ketika tu. Dia mohon maaf atas kejadian malam tadi. Aku terangkan apa yang berlaku dan dia mula faham. Kebetulan semalam dia dibuang kerja sebab pecah amanah ! Aku terkejut dengan apa yang aku dengar ! Dalam hati aku berkata-kata ni la akibatnya bila kita mengabaikan keluarga dan tak ambil berat satu sama lain. Dia memerlukan wang tapi dia tak cuba cerita kepada aku.

Mulai saat itu aku menyara suami aku sementara dia mencari kerja lain. Di rumah dia hanya mengemas dan melakukan kerja-kerja rumah. Kami mula berkomunikasi dengan baik. Syukur alhamdulillah !

Esok aku sambung lagi ! Mata aku mula mengantuk ni. Selamat malam !

Hari yang gelap !

Cuaca hari ni mendung. Sejuk buatkan aku mengantuk ! Mood aku nak tulis cerita macam tak ada feel je. Malam nanti aku cerita !

Tunggu cerita aku malam ni ! Aku akan sambung cerita semalam !

Saturday, 9 July 2011

Aku DIHINA lagi !

Aku baru balik dari pasar malam tempat aku. Aku dah lama tak menjejakkan kaki ke pasar malam. AKu rindu riuh rendah kat pasar tu. Aku sekadar nak merasa kekecohan dalam pasar tapi kekecohan tu dituju kepada aku ! Aku dicaci di hina ! Kamu semua ingat aku nak ke jadi macam ni ! Ni semua ketentuan Illahi ! Kamu semua bukan setakat menghina aku malah menghina kejadian Nya ! Apa kamu semua fikir kamu bagus ! Kamu semua dah cukup cantik ke dah cukup hensem !

Anda belum kena kat batang hidung anda lagi ! Jangan ingat anda hanya akan hidup senang sampai bila-bila. Aku bukan cemburu melihat anda semua bahagia ke kaya ke cantik ke hensem ke tapi ni la dugaan sebenarnya !

Pagi tadi aku kata aku nak cerita berkenaan aku di tempat kerja sebagai setiausaha Dato'. Aku dulunya senang lenang dan aku disayangi bos aku. Aku bukan kaki bodek bukan kaki ngampu tapi aku hanya menjaga kecantikan aku untuk menarik perhatian bos aku. Setiap apa yang aku nak semua bos aku bagi. Setiap kali keluar jumpa client dia membawa aku ke hotel-hotel 5 Star untuk makan tengah hari atau makan malam. Hidup aku ketika itu seperti permaisuri. Suami aku abaikan dan aku langsung tak ambil kisah. Dia selalu pulang lewat ke rumah. Bos aku ni seorang yang pemurah tapi dia tahu batas-batas antara pekerja dan majikan.

Dia mempunyai 4 isteri ! Aku hairan sebab dia mampu membahagikan sama rata kebahagian kepada isteri dia. Setiap isteri mendapat rumah banglo atas bukit dan sebuah kereta mewah. Ada satu hari isteri dia datang ke pejabat. Terkejut aku melihat isteri bos aku ! Gila tak gila dari kasut sampai ke tudung semua permata ! Buang tebiat apa ! Kalaulah aku jahat memang aku upah orang bunuh Datin ni lepas tu rompak barang dia. Aku tak kerja pun tak apa ! Tempang kaki je aku kat rumah.

Aku akan sambung kisah aku esok pagi. Aku tak larat malam ni sebab aku kemas rumah petang tadi. Sekarang aku dah rajin mengemas dah tak macam dulu lagi ! Jangan lupa ikuti cerita aku yang baru esok !

Salam sayang ...

Sabtu yang lengang !

Sunyi sepi aku melihat sekeliling seperti bandar mati. Aku hanya mampu termenung jauh mengenangkan nasib aku seolah-olah bandar dan diri aku sebegitu. Tiada kereta yang lalu lalang hanya boleh dibilang. Hati aku berkecamuk setiap masa. Sabtu yang sepi hati ku menari keriangan. Ya Allah berikanlah hamba mu ini kekuatan !

Sekarang aku berusaha melayari internet untuk mencari peluang-peluang perniagaan. Aku mempunyai modal yang sedikit tapi hanya mampu menanggung hidup aku untuk beberapa bulan. Aku harap itu mencukupi !

Aku pun dah mula mencari pekerjaan di laman-laman tertentu. Insyallah dengan keberkatan Nya adalah rezeki aku. Aku dulunya bekas setiausaha Dato' tapi tu semua dah berlalu. Aku akan bercerita tentang kerjaya aku malam nanti. Dengan suasana malam aku dapat menghayati cerita aku nanti.

Terima kasih selama ini anda semua mengikuti perkembangan diri saya.

Sekian salam kasih dari aku ...

Friday, 8 July 2011

SEMUA GILA ! PEMBONGKARAN RAHSIA !

Aku pelik la hari ni macam-macam hal. Dengan aku tak sudah-sudah mendatangi masalah. Aku pun tak boleh nak keluar rumah ! Aku tertekan duduk dalam rumah ni ! Aku baru melayari 1 website berkenaan perniagaan online. Bankin duit lepas tu cari orang dapat balik duit modal dan untung ! Aku rasa was-was dengan perniagaan ni. Orang susah-susah cari duit tapi senang-senang dia orang dapat duit.

Aku nak cerita perniagaan online ni. Cuba anda semua fikir. Orang yang memulakan perniagaan ni tak memerlukan modal dan hanya mencari orang di bawah nya dan mengenakan bayaran. Jika orang bawahannya mencari orang maka mereka akan mendapat himbuhan. Orang atas ni untung atas angin ! Dia duduk senang lenang tempang kaki tapi orang yang bawah ni kerja susah payah mencari duit untuk mendapat keuntungan yang sedikit.

Aku bukan nak kutuk mana-mana perniagaan online ni tapi aku tengok majoriti yang buat semua sama apa yang aku cerita ni. Aku tak minat perniagaan macam ni sebab menindas orang bawah ! Aku bukan nak menghasut tapi anda semua fikirlah. Ni bukan caranya nak jadi kaya cepat. Banyak lagi perniagaan yang kita boleh buat untuk mendapat rezeki dengan mudah.

Memang hidup akan senang tapi cuba anda fikir bila di akhirat nanti. Harta-harta ni semua anda tak bawa ke kubur malah anda hanya di kafankan dengan kain putih ! Itulah baju anda ! Katil anda bukannya empuk tapi tanah yang dipenuhi serangga-serangga ! Ingatlah semua ! Senang di dunia tak bermakna senang di alam kubur !

Aku bukan dengki ! Aku bukan cemburu ! Aku selalu beringat untuk diri aku ! Aku dah mula susah mempercayai orang ! Aku kena tipu dengan seorang wanita yang kononnya prihatin dengan nasib aku tapi tu semua angan kosong!

Beringat la sebelum terkena !

Salam sayang dari ku ...

Pagi yang tertekan

Aku baru terjaga dari tidur. Aku termenung seketika. Kedua tangan aku berada di kepala. Aku mula bingung dengan apa yang terjadi. Ya Allah berilah aku kekuatan ! Aku bermimpi buruk malam tadi. Apakah itu petanda akan berlaku benda buruk kepada aku !

Masalah datang masalah pergi masalah datang masalah pergi !

Aku tak larat nak fikir lagi !

Aku hanya berserah !

Thursday, 7 July 2011

Keliru bingung !

Macam-macam masalah hari ni. Wanita yang ikhlas ingin membatu aku tiba-tiba menghilangkan diri ! Setiap masalah yang menimpa aku ! Tapi kenapa ! Tak sangka kau serorang penipu ! Aku percaya kau tapi  kau sanggup tipu dengan keadaan aku sebegini !

Kau memang tak layak jadi manusia faham !

Aku terlalu marah sampai tak terkata ! Hari ni je aku dapat luahkan.

Salam sayang ...

Wednesday, 6 July 2011

Bisnes Beg Tangan Wanita !

Hari ni aku suka sangat sebab ada hamba Allah ni membantu aku dari segi perniagaan online. Ini percubaan aku yang pertama dalam bidang ni. Aku tak perlu keluarkan modal tapi sekadar mencari pelanggan. Modal dan barang semua hamba Allah tu yang dahulukan. Aku hanya menjual sahaja. Keuntungan bahagi samarata. Syukur Alhamdulillah aku di ketemukan seorang insan yang benar-benar perihatin dengan nasib aku. Dia mengenali aku dari Blog aku.

Dia menghubungi aku setelah baca pe yang aku luahkan dalam ni dan dia terbaca aku berhajat membuka perniagaan online. Dia ajak berjumpa tapi aku segan dengan wajah aku. Dia memujuk aku dengan kata-kata semangat dan akhirnya aku cair. Aku berjumpa dengannya buat kali pertama.

Kami berjumpa di sebuah restoran berdekatan rumah aku. Melangkah je aku kedalam restoran semua pandang ke arah aku. Mereka seolah-olah melihat raksasa di hadapan mereka ! Aku langsung tak pedulikan mereka di sekeliling ku ! Mata aku hanya mencari insan tersebut yang ikhlas ingin membantu aku. Dia berpakaian merah berseluar jeans dan bertudung hitam. Aku ternampak seorang wanita duduk bersendirian lalu aku menegurnya. Dia memaling kearah aku dan melemparkan seyuman. Dia menarik kerusi menyuruh aku duduk. Dia langsung tak ada reti malu duduk bersama aku ! Aku rasa seronok masa tu.

Dia menerangkan segala-galanya berkenaan perniagaan yang akan kami jalankan. Aku penuh yakin buat pertama kalinya. Orang sekeliling aku mula memandang kami. Dia mula perasan orang sekeliling kami memandang tapi dia bingkas bangun dan mempertahankan diri aku. Aku masih ingat kata-kata wanita itu "Korang ingat korang ni semua cantik sangat ! Korang cantik kat dunia tapi akhirat belum tentu lagi ! "
Aku terkedu dengan kata-katanya. Semua orang terdiam dan ada yang buat endah tak endah.

Setelah selesai berbincang aku pulang ke rumah. Aku tak sangka ada insan yang perihatin selama ini. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang mendoakan aku. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kamu semua.

Aku mula sedar sekarang ni !

Tuesday, 5 July 2011

Aku benci !

Aku tak suka kau ! Aku menyampah tengok muka kau ! Aku tahu lah muka aku macam ni tapi jangan la kau hina aku depan khalayak ramai ! Aku ada maruah ! Kau tak layak nak hukum aku ! Kau lah satu-satunya manusia yang tak tahu erti kehidupan !

Untuk dijadikan cerita...

Pagi ni aku keluar untuk ke kedai. Aku hanya berjalan kaki ke sana dengan cuaca panas. Badan aku berpeluh muka aku pedih. Aku dah lama tak hirup udara luar. Permulaan bagi aku, bila aku berjalan ke kedai aku terpaksa berjalan tunduk. Terasa diri ku tidak layak menunjukkan muka aku di khalayak ramai. Ada yang mengata aku tapi aku tak buat endah tak endah.

Setiba aku di kedai semua memandang aku dengan renungan tajam. Datang seorang mak cik tua bertanyakan khabar lalu aku senyum sambil berjabat tangan. Dia tak rasa malu tak rasa terhina menegur aku. Aku mula yakin dengan hidup yang baru ni. Aku mula mengambil barang yang aku nk beli letak di kaunter pembayaran. Pelanggan di situ senyum bila melihat aku tapi ada segelintir masih mencaci aku.

Setelah selesai membuat pembayaran aku terus bergerak pulang. Dalam perjalanan ada sekumpulan mat rempit mengacau aku. Mereka ambil barang aku lalu dilemparkan ke jalan. Mulut mereka mencaci memaki tak berhenti. Aku hanya mampu menangis dan tak terkata apa-apa. Kenapa remaja sekarang tak reti menghormati sesama kita. Apakah hina sangat aku ni !

Mulai saat itu aku benci dengan segelintir mat rempit yang lepak membabi buta ! Menyusahkan mak bapak yang lahirkan dia orang ni ! Sampah masyarakat ! Dari lepak macam tu lebih baik cari kerja yang berfaedah ! Tapi sebenci-benci aku dekat dia orang aku maafkan dia orang. Aku cuma tak minat perangai lelaki macam tu ! Buang masa !

Beringat la remaja sekarang. Nyawa sekarang sangat murah. Buat la kerja berfaedah !

Monday, 4 July 2011

Aku happy

Aku dah mula sedar erti kehidupan ! Rumah bersih aku kemas alhamdulillah syukur. Rumah yang bersepah selama ini seperti rumah hantu telah kembali seperti dulu. Aku mula menjaga kebersihan diri. Aku tahu hanya aku mampu mengubah hidup aku dengan sokongan kalian. Ya Allah Engkau Maha Pemurah !

Aku cuba melupakan kisah lampau yang sentiasa menghantui diri aku selama ini. Aku percaya satu hari nanti aku akan tunaikan janji aku ! Aku takkan jadi insan yang lemah ! Aku perlu tabah menghadapi segala dugaan Nya ! Biarlah apa orang nak kata pasal aku yang penting aku hanya aku !

Sehari suntuk aku mengemas rumah. Lalang depan rumah aku buang. Jiran mula pelik dengan kerenah aku tapi tu semua aku tak hindarkan. Masih lagi yang menghina dan mencaci aku melihat muka aku yang hodoh ! Aku hanya melemparkan senyuman kepada mereka. Apakan daya ni la kehidupan aku yang baru dan aku redha apa yang berlaku.

Aku bermimpi malam tadi. Suami aku datang memujuk aku kembali ke pangkuan dia. Dia memohon maaf apa yang telah terjadi selama ini. Aku di tinggalkan bersendirian dan hidup aku merana. Aku mengharapkan mimpi aku menjadi kenyataan. Aku menitiskan air mata terkenangkan mimpi aku. Aku berdoa semoga aku dapat kembali seperti dulu.

Sekarang apa yang aku ingin lakukan adalah aku akan berniaga sambilan dari internet. Internet menghubungkan aku dengan dunia luar. Aku akan mencari modal aku sendiri ! Aku takkan mengharapkan sesiapa pun ! Aku akan belajar berdikari dalam kesusahan ini. Apa yang aku nampak ramai dah mula berniaga dengan sekadar login Facebook. Insyallah aku akan cuba sedaya upaya aku untuk memulakan hidup baru !

Doakan kejayaan aku ~

Pagi Yang Suram

Bila aku terjaga dari tidur pagi ni. Hidup aku seakan-akan berubah tapi apakan daya ianya seperti semalam. Aku hanya mampu luahkan segala masalah ku di sini. Hanya blog ni la segala-galanya bagi aku. Aku lapar dahaga sangat. Aku xmampu berjalan pagi ni. Kaki aku terseliuh kerna tersungkur malam tadi. Kegelapan menemani ku sepanjang malam. Nasib aku cukup malang ketika ini. Sedih menyelubungi diri aku sepanjang hari.

Hari ni aku cuba kuatkan semangat untuk membina kehidupan baru. Biarlah apa orang nak kata pasal aku ! Ini diri aku ! Permulaan bagi aku memberi kesedaran untuk diri aku sendiri. Rumah aku bersepah akan ku selesaikan hari ni. Itu yang terbaik untuk hari ni !

Aku tak kuat menempuh seorang diri. Bantulah aku dengan sekadar berdoa supaya aku mendapat kekuatan seperti ini. Allah Maha Pengasih lagi Penyayang. Aku akan meluahkan setiap kesedihan aku di sini. Tiada sesiapa lagi yang sanggup mendengar rintihan aku di luar. Blog ini la yang sanggup menjadi tempat luahan aku.

Salam sayang dari ku ...

Sunday, 3 July 2011

Aku terseksa

Kehidupan aku mula terseksa sejak aku mendirikan rumah tangga tahun 2010. Tiada yang mendengar keluhan hati aku tiada yang memberikan aku semangat untuk meneruskan kehidupan ini. Sedara mara aku memulaukan aku. Kawan baik aku lari sebaik nampak kelibat aku. Hidup aku tiada makna lagi kerna semua berusaha menjauhkan diri mereka dengan diri aku. Suami aku meninggalkan aku pada detik-detik kesengsaraan aku. Aku hanyalah aku. Aku tak sekuat mana yang mereka fikir. Hidup aku mula tidak terurus. Aku seperti bermimpi tapi aku perlu redha dan menerima dugaan Illahi.

Aku tinggal sebatang kara. Aku tidak bekerja setelah perkara ini berlaku terhadap diri aku. Aku tidak kuat melihat masyarakat sekeliling. Aku seperti dihina di sisihkan! Aku perlu tabahkan diri aku. Kenapa ini terjadi kepada diri aku. Aku ingin hidup bahagia bergembira ketawa dan berseronok bersama keluarga aku. Tapi semua itu hanya mimpi ! Setiap detik setiap saat diri aku menghantui aku. Aku akan naik berang melihat diri aku. Rumah mahligai yang aku duduki sekarang ini bagaikan rumah berhantu. Kotor bersepah dan jijik bila jiran aku lalu di hadapan rumah aku. Dilemparkan kata-kata kesat hinaan dan tomahan oleh jiran aku tapi aku telan sedalamnya.

Aku menghidapi penyakit kulit yang tak dapat di ubati. Segala doktor segala bomoh yang aku pergi mendapatkan rawatan tak dapat nak memulihkan muka aku. Perasaan aku ketika itu umpama langit jatuh ke bumi. Aku terduduk seketika merenungkan nasib aku ketika itu. Duit aku habis semuanya untuk rawatan tapi tak berhasil. Pada saat itu aku berhenti bekerja kerna aku malu berjumpa rakan sekerja aku ! Aku rindu wajah aku yang dulu putih bersih licin. Setiap saat air mata membanjiri muka aku. Makanan aku setiap hari sekadar makian cacian hinaan tomahan. Setiap langkah aku keluar rumah mula kedengaran mulut-mulut yang tidak ada perasaan hidup malah aku di baling dengan sampah-sampah mereka.

Sehina-hinanya aku adalah makhluk seperti mereka. Kenapa masyarakat sekeliling aku berbuat demikian. Aku ada hati ada perasaan. Aku bukannya binatang ataupun tunggul ! Aku marah aku emo aku mula bertindak luar jangkaan. Kadangkala aku mengamuk dan menjadi tak tentu hala seperti orang gila. Aku menjadi tekanan perasaan menjerit seperti di rasuk syaitan. Semua bertempiaran lari melihat kelakuan aku. Ya Allah, Berikan hambamu ini kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini. Bukakanlah pintu hati ku Ya Allah. Hanya MU dapat menolong ku.