Hari ni aku suka sangat sebab ada hamba Allah ni membantu aku dari segi perniagaan online. Ini percubaan aku yang pertama dalam bidang ni. Aku tak perlu keluarkan modal tapi sekadar mencari pelanggan. Modal dan barang semua hamba Allah tu yang dahulukan. Aku hanya menjual sahaja. Keuntungan bahagi samarata. Syukur Alhamdulillah aku di ketemukan seorang insan yang benar-benar perihatin dengan nasib aku. Dia mengenali aku dari Blog aku.
Dia menghubungi aku setelah baca pe yang aku luahkan dalam ni dan dia terbaca aku berhajat membuka perniagaan online. Dia ajak berjumpa tapi aku segan dengan wajah aku. Dia memujuk aku dengan kata-kata semangat dan akhirnya aku cair. Aku berjumpa dengannya buat kali pertama.
Kami berjumpa di sebuah restoran berdekatan rumah aku. Melangkah je aku kedalam restoran semua pandang ke arah aku. Mereka seolah-olah melihat raksasa di hadapan mereka ! Aku langsung tak pedulikan mereka di sekeliling ku ! Mata aku hanya mencari insan tersebut yang ikhlas ingin membantu aku. Dia berpakaian merah berseluar jeans dan bertudung hitam. Aku ternampak seorang wanita duduk bersendirian lalu aku menegurnya. Dia memaling kearah aku dan melemparkan seyuman. Dia menarik kerusi menyuruh aku duduk. Dia langsung tak ada reti malu duduk bersama aku ! Aku rasa seronok masa tu.
Dia menerangkan segala-galanya berkenaan perniagaan yang akan kami jalankan. Aku penuh yakin buat pertama kalinya. Orang sekeliling aku mula memandang kami. Dia mula perasan orang sekeliling kami memandang tapi dia bingkas bangun dan mempertahankan diri aku. Aku masih ingat kata-kata wanita itu "Korang ingat korang ni semua cantik sangat ! Korang cantik kat dunia tapi akhirat belum tentu lagi ! "
Aku terkedu dengan kata-katanya. Semua orang terdiam dan ada yang buat endah tak endah.
Setelah selesai berbincang aku pulang ke rumah. Aku tak sangka ada insan yang perihatin selama ini. Terima kasih yang tak terhingga untuk semua yang mendoakan aku. Hanya Allah yang dapat balas budi baik kamu semua.
Aku mula sedar sekarang ni !
1 comment:
bgus tu...1 pningktn yg bek....promot dkt sy pom xpew jgk
Post a Comment